PENGENALAN MAAHAD TAHFIZ WA TA’ALIMUL QURAN AR-RAHIMIYAH
Maahad Tahfiz Wa Taalimulquran Ar-Rahimiyah memulakan operasi pada 15 JUN 2009 dengan menjadikan premis rumah kedai 2 tingkat sebagai tempat untuk pelajar menimba ilmu Al-Quran. Pada masa ini kami telah mempunyai seramai 30 orang pelajar bagi pengajian sepenuh masa dan 20 orang separuh masa bermula di peringkat pra tahfiz 5 tahun hingga 15 tahun. Tenaga pengajar pula adalah seramai 2 orang Ustaz lulusan Hafiz Al Quran selain itu pada musim cuti sekolah kami juga menganjurkan program Hafiz selama sebulan. Penempatan bagi pelajar sepenuh masa pada masa ini terhad kepada 30 orang di lengkapi kemudahan asas seperti bilik asrama, tempat solat, tempat makan, dapur dan lain-lain.
Matlamat menyediakan pelajar-pelajar menjadi profesional yang menghafal al-quran atau ulama yang berilmu luas, bertaqwa dan mempunyai jati diri, mendorong Maahad tahfiz wa taalimul quran Ar rahimiyah memberi penekanan khusus untuk mendidik pelajar-pelajar mencintai agama yang di redho'i iaitu agama Islam. Al quran dan sunnah, berdisiplin tinggi dan berakhlak mulia. Kami juga mendidik pelajar kepada ALLAH S.W.T. dengan cara tidak mengabaikan ibadah wajib dan memperbanyakkan ibadah sunat.Selain itu diterapkan juga rasa kasih dan sanggup berkorban untuk agama melalui bacaan hadith dan kisah para rasul serta sahabat r.a serta melalui aktiviti riadhah.
Perancangan kami pada masa hadapan adalah untuk mencari tapak yang lebih luas bagi membina Maahad Tahfiz Wa Taalimul Quran Ar Rahimiyah dengan dilengkapi tempat riadhah, seperti gelanggang badminton. Di samping itu kami juga ingin mengadakan usahama dengan instisusi tahfiz dan agama dalam dan luar negara bagi menghantar dan menyediakan biasiswa untuk anak-anak menyambung pelajaran ke peringkat selanjutnya dalam dan luar negara.
Semua perkara ini InsyaALLAH boleh dilakukan malah mungkin lebih jauh lagi dengan adanya kerjasama dan doa dari semua pihak. Semoga ALLAH memberkati segala usaha kami yang amat sedikit ini dan membantu generasi akan datang agar lebih mendalami ilmu Al-Quran dan menjadi umat islam yang berilmu dan bertaqwa untuk dunia dan akhirat.
Integrasi Asas Pengajian Kelas Hafiz.
Sabak-Sabki-Mokhtah
Maahd Tahfiz Wa Taalimul QuranAr Rahimiyah adalah sebuah sekolah tahfiz quran yang merangkumi sistem pengajaran mengikut tertib kelas hafiz iaitu sabak, 5 sabak,sabki,mokhtah.selain itu pengajian pengajian agama juga diterapkan iaitu fardhu ain,tajwid,adab,akhlak,pelajaran jawi dan hadis serta bahasa arab.
VISIMerealisasikan Falsafah Pendidikan Kerajaan Negeri & Persekutuan.Untuk melahirkan Huffaz yang berilmu dalam semua bidang.Untuk melahirkan pemimipin yang bertaqwa dan beketerampilan berlandaskan Al-Quran & Sunnah.
MISI
Melahirkan Huffaz yang mahir isi kandungan Al-Quran,berilmu,beramal dan bertaqwa serta efisyen tentang isi kandungan Al-Quran,serta dapat memimpin masyarakat.
OBJEKTIF
Untuk menyediakan kemudahan mengaji Al-Quran dan mempelajari ulum Al-Quran.Untuk menghidupkan kembali ulum Al-Quran dan mendekatkanya dengan masyarakat.
Untuk melahirkan insan ulama' hafiz yang:-
- Dapat memelihara isi kandungan Al-Quran dan keaslian bacaannya dari sebarang penyelewengan.
- Mampu memahami isi kandungan Al-Quran dan menjadikannya rujukan masyarakat.
- Mempunyai ilmu pengetahuan,beramal soleh,bertaqwa kepada ALLAH taala dan berakhlak mulia.
- Mempunyai jati diri dan berketerampilan berteraskan Al-Quran dan Sunnah.